STARTER KIT COKLAT

STARTER KIT COKLAT
Jom mulakan bisnes membuat coklat dirumah! anda akan mendapat ebook coklat & resepi rahsia bisnes kek PERCUMA!

June 15, 2010

Step By Step : Kek Coklat Moist

* 1 pek tepung ini menghasilkan sebiji kek seberat 1kg

Kandungan di dalam pek :
Bahan A - gula castor
Bahan B - adunan tepung premix (ayak dahulu)

Bahan yang anda perlu tambah :
- 1 cawan minyak jagung / minyak masak (250ml)
- 1 tin susu cair (400gm)
- 3 biji telur gred A/B

** pastikan anda menggunakan sukatan cawan MATRIKS.

1 - pukul telur hingga kembang (menggunakan whisk tangan @ mixer elektrik). Masukkan susu cair & minyak. Adun sebati.

2 - Masukkan bahan A. Pukul hingga bahan tadi sebati.

3 - Masukkan bahan B (yang telah di ayak). Kacau menggunakan whisk @ senduk kayu hingga sebati dan tidak berbintil-bintil.

Gambar adunan yang telah sebati. Bolehlah dikukus @ dibakar hingga masak.

TIPS : pastikan air kukusan dipanaskan terlebih dahulu. Gunakan api sederhana @ slow. Api yang kuat akan menyebabkan kek OVERCOOK, BANTAT, KERAS & MEREKAH.

Kek Coklat Lembap ini tahan hampir sebulan di dalam peti sejuk.

Boleh dikukus menggunakan container plastik bagi menjimatkan masa 

Inilah hasilnya! Lembut & gebu!

* anda boleh request topping coklat
ADD ON TOPPING + RM2
(cara membuat topping disediakan) 


Adunan ni boleh dijadikan cupcakes
~ Version bakar ~


~ version kukus ~


_

3 comments:

  1. berape lame jangka hayat @ tarikh luput kek coklat ini?

    ReplyDelete
  2. klau cokelat yg cair tu dipanggil topping jgk ke??
    mcmne nk wat cklat cair tu?

    ReplyDelete
  3. as salam...sedapnya choc cake...
    senang je nak wat melted choc...chopped coklat telebih dahulu untuk mempercepatkan ia melt,amik 2 periuk,satunya berisi air yang panas dan satu lagi utk isikan coklat..letak mangkuk/periuk yang berisi chopped choc tadi di atas periuk yg berisi air panas..dan pastikan mangkuk/periuk yg berisi chopped choc tadi lebih besar dari periuk yang berisi air panas..n kacau saja chopped choc tadi sehingga cair...coklat sangat senang cair dan very sensitif dgn haba...

    ReplyDelete