December 03, 2014

RESEPI FARIN

RESEPI KEK COKLAT LEMBAP

Bahan-bahan :
1pek tepung kek (480g) mengandungi bahan A,bahan B & topping
3 biji telur
1 tin susu cair
1 cawan / 250ml minyak

Cara adun :
  • campur bahan A,telur,susu cair & minyak
  • gaul sebati menggunakan whisk tangan sahaja hingga sebati
  • masukkan bahan B (tepung kek) - yang telah diayak, ke dalam adunan.Gaul sebati.
  • bakar pada suhu 170'c selama 50 minit @ kukus hingga masak.
  • hasilkan 1.3kg kek siap / saiz 8 inci. boleh buat cupcakes @ muffin.
Nota :
Alas acuan kek dengan kertas minyak dan sapu mentega pada acuan bagi memudahkan kek dikeluarkan.Guna api atas bawah semasa proses membakar bagi membolehkan kek masak sempurna.



RESEPI RED VELVET CAKE (guna minyak)

Bahan-bahan :
1pek tepung kek (500g)
200gram air sejuk
100gram minyak

Cara adun :
  • campur tepung kek,air & minyak ke dalam mangkuk.
  • putar guna mixer elektrik medium speed 2 minit, tukar ke high speed 5 minit dan low speed 5 minit.
  • bakar pada suhu 170'c selama 40 minit @ kukus hingga masak
  • hias dengan topping cream cheese
Nota :
Alas acuan kek dengan kertas minyak dan sapu mentega pada acuan bagi memudahkan kek dikeluarkan.Guna api atas bawah semasa proses membakar bagi membolehkan kek masak sempurna.

Topping Kek :
150gram cream cheese
70gram mentega
70gram gula icing
1 sudu kecil cuka
  • putar semua bahan hingga berkrim
  • sapu pada kek, hias ikut citarasa



No comments:

Post a Comment